18 May 2009

Indonesia di Mata Pelajar Singapura



Oleh MUHAMMAD ZAMIR dkk.
Siswa Juying School Singapura

Peserta pertukaran pelajar di Depok, Jawa Barat, 13-23 Februari 2009.

Memandangkan negara Indonesia adalah negara Islam yang terbesar di seluruh dunia ini. Ramai penduduknya beragama Islam. Penduduk Indonesia amat baik dan peramah.

Mereka sering menyapa kami di luar walaupun kami bukan daripada negara mereka. Bukan itu sahaja. Mereka memberi kami bantuan apabila kami mengalami kesusahan membuat sesuatu perkara.

Di Singapura, kebanyakan penduduknya tinggal di rumah pangsa. Tetapi kebanyakan penduduk di Indonesia tinggal di rumah banglo. Saya diberitahu daripada seorang teman bahawa hanya penduduk yang lumayan sahaja yang dapat tinggal di banglo.

Mungkin itulah sebabnya ada penduduk di Indonesia yang tidak tinggal di rumah banglo. Pada pendapat saya, mempunyai rumah banglo amat menyeronokkan dan boleh melihat pemandangan yang indah.

Saya juga dapati bahawa kebanyakan penduduk di Indonesia menggunakan kenderaan mereka sendiri kerana terdapat kekurangan kenderaan awam di sini. Saya rasa cara ini lebih baik kerana mereka boleh bergerak ke mana-mana tempat tanpa menunggu lama untuk kenderaan awam.

Walaupun ada sekumpulan penduduk di Indonesia yang tidak mempunyai pekerjaan, mereka tetap berusaha untuk hidup. Itulah semangat kental yang harus ditanam di setiap insan di muka bumi ini.

Cuaca di Indonesia lebih redup berbanding cuaca di Singapura. Terdapat dua musim di Indonesia iaitu musim panad dan dingin. Ketika saya berada di Indonesia, Indonesia sedang mengalami hujan.

Jarak di antara satu rumah ke selanjutnya amat dekat. Ini menyebabkan jalan raya agak sempit dan sering terjadi kemacetan yang serius.

Indonesia dilewati khatulistiwa. Dengan itu, terdapat banyak pokok-pokok yang mengelilingi perumahan. Ada banyak laporan tentang banjir di Indonesia kerana pada awalnya Indonesia adalah danau. Tanahnya lengket dan ledok.

Saya melihat penduduk di Indonesia mengumpul sampah seperti plastik dan lain-lain. Usaha ini amat baik untuk mengurangkan sampah di Indonesia.

Saya juga mendapat bahawa bunyi bising di jalan raya di Indonesia tidak tinggi, mungkin ini terjadi sebab mereka mempunyai sikap sabar. Jumlah kenderaan di Indonesia amat banyak, tetapi jalan raya di sana tidak luas.

Terdapat bermacam-macam jenis transportasi di Indonesia. Penduduk di sana boleh berjalan kaki ataupun menggunakan kenderaan.

Indonesia adalah negara ketiga yang terbesar di dunia. Ia mempunyai 237 million penduduk. Dengan jumlah penduduk yang semakin hari semakin meningkat, tidaklah hairan jika jalan raya di sana sesak.

Di Singapura ada beberapa pemandu dan penduduk yang tidak mahu mengikut undang-undang kerajaan untuk menyemberang jalan dengan betul. Keadaan ini sama seperti di Indonesia. Mungkin menyemberang jalan tanpa mengikuti lampu hijau sudah menjadi kebiasaan untuk segolongan kami.


SUMBER: Kompas, Jumat 1 Mei 2009

4 comments:

  1. Komentar saya sederhana saja: Rumput tetangga selalu lebih hijau.

    "Saya melihat penduduk di Indonesia mengumpul sampah seperti plastik dan lain-lain. Usaha ini amat baik untuk mengurangkan sampah di Indonesia."

    Hehehe... Encik, itu namanya pemulung. Terpaksa jadi pemulung sampah kerana tak ada pekerjaan lain.

    "Saya juga mendapat bahawa bunyi bising di jalan raya di Indonesia tidak tinggi, mungkin ini terjadi sebab mereka mempunyai sikap sabar. Jumlah kenderaan di Indonesia amat banyak, tetapi jalan raya di sana tidak luas."

    Sikap sabar? Di desa-desa mungkin benar, tapi tidak di jalan raya Surabaya.

    "Di Singapura ada beberapa pemandu dan penduduk yang tidak mahu mengikut undang-undang kerajaan untuk menyemberang jalan dengan betul. Keadaan ini sama seperti di Indonesia."

    Namanya "menerobos lampu merah", tidak memperhatikan pejalan kaki. Ini penyakit paling parah di Indonesia.

    ReplyDelete
  2. hahaha....ya betul sekali komentar bang Bernie.
    Mau komentar, semua sudah disamber oleh anda :D

    Punya kendaraan sendiri lebih baik dan leluasa...tanpa menunggu lama kenderaan awam? :D waaduh, tapi kalau pakai bonus macet...jadi tidak nyaman juga ya? Semacet-macetnya lalu lintas di Singapura, biasanya mobil masih jalan pelan. Jadi bukan apa-apa dibanding kondisi di Surabaya dan Jakarta ya? Dan...karena mobil realtif baru dan berkondisi baik, disamping itu pemerintah juga ketat mengeluarkan peraturan yg menjaga kadar polutan yg dikeluarkan kendaraan di sini.

    Jalan kaki di Jakarta? Kayaknya ini belum jadi kebiasaan, ya ngga bang. Lha belum nyaman...mana ada orang mau jalan kaki dari satu tempat ke tempat lain?

    Menerobos lampu merah?...sudah biasa. Menyeberang sembarang tempat?...itu juga pemandangan biasa di kota besar seperti Jakarta. Di sini saya pernah sekali kena tilang/denda karena jaywalk. Maluuuu deh! Kapok juga... :D

    ReplyDelete
  3. Sepertinya Pakcik Zamir ini baru tiga hari tiba di Indonesia lalu memutuskan untuk menulis artikel ini. Coba tunggu samppi tiga tahun lagi lah, Pakcik....

    ReplyDelete
  4. Pakcik pakcik udah kasih apa buat bangsa indonesia sendiri?
    Hemmmm talk less do more

    ReplyDelete